BAIKPULIH ACER ASPIRE 6935G MASALAH BIOS CORRUPT

Masalah Laptop ACER ASPIRE 6935G ini, Laptop tak boleh Power-ON, tekan suis power start button banyak kali pun , laptop tak nak hidup.

Dari  info yang diberi oleh owner, masalah terjadi apabila selepas dia cuba upgrade BIOS Laptop ini.Semasa kerja upgrade BIOS dilakukan Laptop terus hang dan dia telah Power-Off Laptop supaya Laptop reset.Selepas itu, Laptop bermasalah seperti yang diceritakan. 


SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop tak boleh Power-ON  disebabkan BIOS ini, hanya cara Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  boleh menyelesaikan masalah ini, sekiranya cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard Laptop tidak berjaya dilakukan.

Masalah ACER ASPIRE 6935G berjaya diselesaikan selepas IC BIOS di program baru dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.

Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Read More..

MASALAH LAPTOP SHORT DISEBABKAN OLEH SOKET AC DC ADAPTER CHARGER OUTLET FAULTY ATAU KENA PETIR




  Contoh Motherboard Short Disebabkan Dipanah Petir Serta Overvoltage Dari Soket Rosak  


Motherboard Komputer serta Laptop merupakan salah satu peralatan elektronik yang amat sensitif terhadap voltan lebih kerana di motherboardnya terdapat banyak komponen - komponen elektronik kecil yang mudah rosak jika terkena voltan atau arus lebih. 

Antara komponen elektronik penting yang sensitif adalah :
  1. Smd IC
  2. Smd Transistor
  3. Smd Capacitor 
Komputer chip (i.c) biasanya bekerja dengan voltan 5volts atau lebih rendah lagi (untuk power I.C 18.5v), dan i.c ini amat sensitif dan boleh rosak walaupun jika mendapat voltan lebih sikit sahaja dari 5v.Apatah lagi jika over voltage terjadi dari kejutan petir atau soket AC (240V) faulty, yang biasanya voltan serta arus terbabit amat tinggi.

Apakah, langkah yang perlu untuk mengelakkan over voltage terjadi pada Komputer atau Notebook korang.

  1. Jangan gunakan universal power adapter charger yang boleh adjust voltan untuk Laptop kerana adapter ni mempunyai rating tolerence voltage yang tak stabil.Sila guna adapter original atau local khas untuk power Laptop.
  2. Jangan pasang plug adapter Laptop/Komputer  semasa suis soket AC masih dalam berkeadaan hidup (ON).
  3. Jangan guna Laptop/Komputer atau surf internet ,lebih-lebih lagi connection internet menggunakan kabel Cat5/6 (network port) semasa hujan atau petir sambung menyambung. Elakkan menggunakan wired network semasa kilat, terutama sekiranya tiada lightning protection bagi talian telefon dan elektrik. Boleh menyebabkan kerosakan pada modem dan network card.
  4. Elak guna atau tutup peralatan elektrik/elektronik lain selain dari Laptop/Komputer ketika  hujan atau petir sambung menyambung  , jika pendawaian pembumian grounding (Earth) diketahuai tak elok(tak bagus).Boleh menyebabkan litar pintas dan overvoltage pada komponen PSU (power supply unit) dan adapter Laptop dan wired network card bahkan keseluruhan motherboard dan komponen dalaman. Sila gunakan voltage regulator sebagai langkah berjaga-jaga.  
  5. Jangan menggunakan plug yang menunjukkan tanda-tanda ianya rosak seperti tercabut dari tempat asal, ada tanda terbakar atau wayar yang terkena air serta jangan gunakan 1 soket outlet rumah untuk menyambung banyak extension soket dan menyambung banyak peratalatan elektrik dalam satu extension soket.
  6. Jangan gunakan power adapter charger yang menunjukkan tanda kerosakkan seperti power intermitent atau ada bunyi current keluar dari adapter atau ada bau hangit seperti terbakar walaupun masih ada voltage yang diperlukan Laptop jika belum dibaiki.  
Kesan over voltage:
  1. Merosakkan power supply di CPU Komputer serta adapter charger dan motherboard pada Laptop
  2. Power cable (wayar dari charger ke plug) terbakar.
  3. Adapter / charger laptop rosak (tak hidup atau berkelip).

Situasi yang pernah terjadi kepada custemer aku:

  1. Laptop terus tak hidup dan adapter charger blinking setelah menggunakan soket yang mempunyai kesan terbakar.
  2. Power supply PSU di CPU komputer rosak kerana tidak menutup komputer akibat daripada arus voltage elektrik yang kuat sewaktu berlaku ribut petir (masalah pembumian).  
  3. Network port Komputer terbakar kerana surf internet semasa berlaku ribut petir   

Periksa kebocoran arus elektrik dengan menggunakan test-pen (boleh dibeli di mana-mana kedai elektrik dan elektronik) dengan menyentuh test-pen pada casing / peralatan laptop. Sekiranya lampu test-pen bernyala, kebocoran elektrik wujud. Boleh mengakibatkan kerosakan komponen terutamanya laptop monitor dan motherboard. Periksa soket plug atau tukarkan soket baru. Jika menggunakan extension plug, gantikan dengan yang baru.Pastikan ada wayar grounding bumi (Earth) pada peralatan Komputer atau laptop korang.


Jika korang menemui lampu led adapter Laptop korang berkelip serta ada bau terbakar keluar dari laptop atau adapter, sila ambil langkah berwaspada. Biasanya kerosakkan telah terjadi pada motherboard dan adaptor Laptop korang. Jangan gunakan sementara adapter yang berkelip tersebut jika Laptop korang masih boleh hidup dengan menggunakan bateri.

Apa yang akan terjadi jika korang masih gunakan Laptop?
  1. Bateri laptop korang boleh mati atau short.
  2. Salah satu komponen pada mainboard atau adapter akan terbakar dan menyebabkan laptop mati terus(dead). (Jika laptop korang  masih ada waranti, sila hantar untuk pembaikkan atau penggantian)

Apa maksud lampu led adapter charger berkelip, ia menandakan berlaku ’short’ atau over voltage pada mainboard atau pada adapter.

Tips mudah cara melakukan test untuk masalah ini adalah :

  1. Pinjam adapter lain (pastikan berkeadaan baik) yang sama model dan brand (pastikan voltage dan current sama) dari rakan untuk dicuba pada Laptop, jika terjadi kerosakkan sama pada adapter tersebut seperti lampu adapter berkelip atau tidak menyala sama sekali atau lampu led Laptop yang biasanya biru atau hijau menjadi warna lain ,dipastikan telah terjadi masalah ’short’ atau over voltage pada motherboard laptop.Jika adapter berkeadaan ok dan Laptop berkeadaan baik,  telah dapat dipastikan hanya charger dapter asal yang rosak, sila ganti baru.  
  2. Gunakan multimeter untuk mengukur ,arus dan voltan masih  berkeadaan ’normal’ seperti yang tertulis label adapter yang problem. Cara ini perlu pengetahuan asas elektronik.

Jika motherboard laptop yang rosak, adakah boleh dibaiki lagi apabila ’short’ atau overvoltage  ?
Boleh dibaiki, tapi sila buat seperti cara berikut:
  1. Jika masih dalam waranti, sila hantar untuk pembaikkan atau penggantian ke service center terdekat.
  2. Bawa ke Service Center atau Kedai baikpulih yang direkomen yang terbukti boleh dipercaya untuk setelkan masalah ini dengan baik. Korang boleh mencari info-info ini dengan bertanya di forum-forum seperti http://forum.lowyat.net/, http://forum.putera.com/tanya/ atau http://mforum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=236. Biasanya disana ada perkongsian masalah orang yang sudah mempunyai pengalaman dengan masalah Laptop korang.Ini adalah untuk mengelakkan korang dari tertipu atau ditipu
Adakah Adapter Laptop charger masih boleh dibaiki  jika sudah ’short’ atau over voltage  ? 
Boleh dibaiki, tapi aku tak sarankan untuk baiki lagi jika adapter charger yang faulty. Adaptor yang dibaiki sangat berisiko untuk digunakan semula. Jika selepas dibaiki, adapter ini masih mengalami   short’ atau over voltage atau mengalami masalh lain, mainboard Laptop korang boleh burn. Dan biasanya dapter yang telah dibaiki hanya bertahan untuk jangka masa sekejap sahaja.Lebih baik beli adapter charger baru atau secondhand original (yang belum pernah dibaiki) yang di jual dikedai komputer atau di internet (harga dalam rm50-rm120).



Read More..

BAIKPULIH FTEC W2 T2220P MASALAH OPERATING SYSTEM NOT FOUND


MASALAH
Masalah FTEC W2 T2220P-21H ni adalah tak jumpa hardisk.Jadi laptop ni tak boleh boot windows(Operating system not found).

Laptop ni juga ada masalah lain, selain tak jumpa  hardisk, masalah lain adalah keyboard bermasalah beberapa key tak function seperti key (Enter serta  arrow kekanan dan kekiri tak function), semua usb port di Laptop  juga tak recognize hardware yang dicucuk padanya, contohnya usb keyboard atau usb pendrive.




SOLUTION :
1st sekali, aku suspek masalah berkemungkinan berpunca dari motherbord, sama ada bios corrupt atau masalah pada connector SATA hardisk .

Jadi 1st sekali, aku flash balik IC EEPROM motherboard ni dengan file bios baru, serta baiki connector SATA hardisk motherboard.

Untuk pengetahuan korang, Company FTEC dari Malaysia ni dah tutup kedai, jadi website link untuk download driver semua Laptop keluaran mereka dah takda kerana website tersebut juga dah ditutup.

Tapi, aku dapat tahu sebenarnya laptop-laptop keluaran mereka adalah laptop rebadge dari Laptop Brand Clevo.Laptop FTEC W2 T2220P-21H ni adalah Laptop CLEVO M720S-P link




Laptop berkeadaan baik, selepas  kerosakkan dibaiki. .Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

Read More..

BAIKPULIH DELL INSPIRON N5010 MASALAH BLANKSCREEN

MASALAH
Masalah Laptop DELL INSPIRON N5010 ini, Laptop boleh Power-ON, tekan suis power start button  laptop hidup, tapi di screen blank dan Led start button berkelip-kelip.

Dari  info yang diberi oleh owner, masalah terjadi walaupun selepas dia telah cuba reset BIOS Laptop ini serta cuci kontek Ram Laptop. Dia telah cuba cabut bateri cmos serta cabut bateri Laptop.
SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop boleh Power-ON, tapi blak screen ini, aku akan cuba Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  untuk menyelesaikan masalah ini, sekiranya cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard Laptop tidak berjaya dilakukan.

Tapi masalah laptop ini adalah masalah chipset AMD RADEON yang bermasalah overheating dan bukan masalah pada bios Laptop.
Jika berminat nak baiki  masalah  Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.
Read More..

MACAMANA NAK BAIK PULIH MASALAH HINGES ENGSEL LCD LAPTOP TERLAMPAU KETAT

 

MASALAH:
Masalah laptop ni adalah bila buka LCD panel Lid punya la susah(siap berbunyi krak-krak dekat hinges (engsel Laptop).Masalah ni berlaku apabila hinges LCD terlalu ketat dan kehilangan gris dibahagian tempat gerakkan hinges.Masalah ini jika dibiarkan terlalu lama akan menyebabkan Hinges patah serta Lid panel (cover LCD) patah/pecah/retak atau lebih parah lagi LCD panel boleh patah dan rosak.
 

SOLUTION:
Penyelasaian untuk masalah ini adalah buka cover LCD panel untuk check hinges yang rosak.Setiap laptop cara penyelesaiannya adalah berbeza-beza.Untuk hinges laptop ini aku perasan ada 2 bahagian yang bergerak pada hinges ini.Hanya 1 bahagian yang terlau teruk(tak dapat pusing jika tak guna sepenuh tenaga untuk pusingkannya).Jadi aku ambil keputusan potong bahagian yang rosak.


SELESAI:
*Laptop telah dibaiki (kipas & Air ventilation juga telah cuci).  



Read More..

MASALAH LCD BLANKSCREEN TAK BOLEH START PADA COMPAQ V3000 ACER ASPIRE 4520

8 Feb 2010


MASALAH 

Compaq Presario V3000 dan Acer Aspire 4520.Problem selalu pada overheating GPU nvidia nforce 6150/7000.Kalau GPU chip dia rosak, Laptop akan ada masalah tak boleh start(Blank Screen) Led laptop menyala.Cara nak bagi elok Laptop ni adalah dengan membaiki GPU chip dia.Gpu chip tu kalau nak kenal dia bersebelahan dengan CPU cip soket Laptop.Masalah ni mungkin disebabkan kesalahan engineering design pada sistem penyejukkan (HFS) Laptop ni.Pakai CPU AMD dan Gpu Nvidia. Dua-dua chipset ni memang famous dengan masalah overheat, selain dari nvidia nforce 8400GS.

Aku banyak terima Laptop yang disebut yang masalah dia GPU chipset.Solution dia, cari orang yang boleh repair chipset motherboard atau tukar motherboard yang baru (betul-betul baru).Tapi jika masalah overheting yang dah terlalu teruk ada yang boleh repair dan ada yang tak boleh repair.Kalau ada sapa-sapa yang nak repair boleh contact aku 012-2411959


Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959 
Read More..

TIPS HACK MASALAH LUPA PASSWORD WINDOWS


Korang pernah ada masalah lupa password tak? macamana nak buat untuk reset/buang masalah password pada windows ni!


Aku selalu kena masalah ni, bila custemer terlupa password Windows tak kira la  pakai WinXP atau Vista, 7 . Biasa lah, kadang-kadang manusia selalu lupa, nak lagi Laptop/Komputer tu dah lama rosak..


Kenapa password untuk buka windows ini perlu?, sebab untuk memudahkan technician untuk backup dan test kerosakkan/functional  hardware pada Laptop/Komputer atau sistem windows.


Disini aku nak kongsikan satu utiliti (Offline NT Password & Registry Editor) yang boleh digunakan untuk membuang password admin Windows 7. Tak kira lah apa version nya pun korang boleh cubanya. Setakat hari ini masih berkesanlah, tak taulah jikalau Microsoft nak blok maka mereka boleh ubah kedudukan password Windows 7 untuk keluaran yang baru.


Korang boleh download  software dalam bentuk ISO iaitu Hiren Boot CD sebuah utiliti berasaskan LiveCD.File ISO ini agak besar (200mb) dan memerlukan masa untuk lengkap download jika line internet lambat. Sesudah download korang bolehlah gunakan program burner seperti NERO untuk “burn image to cd”. Setelah selesai menjadi cd maka bootkan komputer yang hendak di buang password itu dan run Hiren Boot CD dan pilihlah  Offline NT Password & Registry Editor


CRACK PASSWORD 



PASSWORD WINDOWS DAH CRACK DAN DIBUANG

MASALAH

Masalah Laptop HP PAVILION DV6000  ini adalah blankscreen disebabkan GPU nvidia bermasalah overheating.


Jadi aku pun, buka dan baiki chipset nvidia yang problem tu . Bila dah siap repair, windows ada password pulak, tanya owner, apa password dia, dia bagi list password (list tu agak banyak, tapi semua tak boleh guna), aku dah pening, takkan nak format balik windows ni Laptop ni, dah 2 kali kerja, last-last sekali aku crack dan reset password pakai Offline NT Password & Registry Editor  tu.Siapa-siapa yang berminat nak repair boleh hubungi  aku di no 012-2411959 



Read More..

BAIKI MASALAH TOSHIBA SATELLITE L200 TAK BOLEH POWER ON GUNA CHARGER

MASALAH

Masalah laptop TOSHIBA SATELLITE L200 ni adalah,sama dengan masalah yang dialami Laptop Toshiba M200/L300.


SOLUTION :
Aku buka housing laptop dan tukar komponen faulty yang menyebabkan masalah Laptop terjadi.Perlu diingatkan, kalau salah cara semasa kerja resolder (rework) komponen faulty tu dilakukan boleh menyebabkan motherboard Laptop rosak dan akan bermasalah untuk power ON.


Penggantian Komponen elektronik baru dilakukan pada motherboard laptop dan masalah berjaya diselasaikan.



Laptop ini juga mengalami masalah speaker pecah (kertas diaphragm speaker dah reput), jadi baik pulih dilakukan pada speaker Laptop.







Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

Read More..

Powered by Blogger.