BAIKPULIH DELL INSPIRON N5010 MASALAH BLANKSCREEN

MASALAH
Masalah Laptop DELL INSPIRON N5010 ini, Laptop boleh Power-ON, tekan suis power start button  laptop hidup, tapi di screen blank dan Led start button berkelip-kelip.

Dari  info yang diberi oleh owner, masalah terjadi walaupun selepas dia telah cuba reset BIOS Laptop ini serta cuci kontek Ram Laptop. Dia telah cuba cabut bateri cmos serta cabut bateri Laptop.
SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop boleh Power-ON, tapi blak screen ini, aku akan cuba Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  untuk menyelesaikan masalah ini, sekiranya cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard Laptop tidak berjaya dilakukan.

Tapi masalah laptop ini adalah masalah chipset AMD RADEON yang bermasalah overheating dan bukan masalah pada bios Laptop.
Jika berminat nak baiki  masalah  Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.
Read More..

MASALAH LCD BLANKSCREEN TAK BOLEH START PADA COMPAQ V3000 ACER ASPIRE 4520

8 Feb 2010


MASALAH 

Compaq Presario V3000 dan Acer Aspire 4520.Problem selalu pada overheating GPU nvidia nforce 6150/7000.Kalau GPU chip dia rosak, Laptop akan ada masalah tak boleh start(Blank Screen) Led laptop menyala.Cara nak bagi elok Laptop ni adalah dengan membaiki GPU chip dia.Gpu chip tu kalau nak kenal dia bersebelahan dengan CPU cip soket Laptop.Masalah ni mungkin disebabkan kesalahan engineering design pada sistem penyejukkan (HFS) Laptop ni.Pakai CPU AMD dan Gpu Nvidia. Dua-dua chipset ni memang famous dengan masalah overheat, selain dari nvidia nforce 8400GS.

Aku banyak terima Laptop yang disebut yang masalah dia GPU chipset.Solution dia, cari orang yang boleh repair chipset motherboard atau tukar motherboard yang baru (betul-betul baru).Tapi jika masalah overheting yang dah terlalu teruk ada yang boleh repair dan ada yang tak boleh repair.Kalau ada sapa-sapa yang nak repair boleh contact aku 012-2411959


Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959 
Read More..

BAIKPULIH ACER ASPIRE 4755G MASALAH BLANKSCREEN

Masalah Laptop ACER ASPIRE 4755G ini, Laptop mengalami masalah blankscreen (Laptop boleh Power-On tapi skrin tak keluar apa-external skrin pun tiada), Bios juga tak POST.

Sebelum kena masalah blankscreen yang disebutkan, owner bagi info yang webcam Laptop tak detect, kat device menager pun tiada.Owner dari daerah Paka, Terengganu, dia Poslaju Laptop ini pada aku di Wangsa Maju.

Masalah berlarutan sehinga Laptop mengalami masalah tak boleh Power-On, kalau boleh Power-On pun, selepas Shutdown, Laptop gagal untuk Power-On semula.
MASALAH
  1. Laptop mengalami masalah blankscreen (Laptop boleh Power-On tapi skrin tak keluar apa-external skrin pun tiada), Bios juga tak POST.





SOLUTION
Biasanya untuk masalah sebegini, aku akan periksa, adakah Laptop menggunakan GPU dari AMD atau Nvidia.

Ini kerana, kebiasaanya untuk masalah blankscreen biasanya terjadi untuk Laptop yang menggunakan chipset GPU dari 2 pengeluar yang disebutkan.

Laptop ACER ASPIRE 4755G ini menggunakan teknologi (OPTIMUS) dual display iaitu display chipset Nvidia Geforce GT540m serta built-in display chipset Intel .

Dengan kata lain, Laptop ini mempunyai dua display chipset, jika run dalam keadaan biasa, display hanya menggunakan display chipset Intel dan jika run untuk Gaming atau software grafic yang perlu kuasa yang tinggi baru  ia bertukar automatik guna display chipset Nvidia Geforce GT540m.

Untuk masalah Laptop ini, masalah blankscreen dapat diselesaikan dengan teknik reflow chipset Nvidia Geforce GT540m serta program balik IC Eeprom Bios Laptop.

Jika berminat nak baiki  masalah Blankscreen atau Laptop boleh power, tapi tak keluar POST Bios pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.




Read More..

BAIKPULIH DELL VOSTRO 1200 MASALAH FREEZE AUTOSHUTDOWN BLANKSCREEN TAK CHARGING


MASALAH
Start dari tahun lepas, aku banyak terima  masalah Laptop DELL VOSTRO 1200 yang boleh Power-On.Tapi FREEZE / HANG / BLANKSCREEN / NO DISPLAY masa guna Windows atau masa startup Windows.

SOLUTION
Biasanya untuk masalah  di atas berpunca dari kegagalan voltan ( Voltage Core ) yang seharusnya dibekalkan pada  Processor. Jika Processor tidak menerima voltan ( Voltage Core ) yang sepatutnya, masalah-masalah yang aku sebutkan akan terjadi.

Masalah dapat dibaiki dengan menukar komponen yang membekalkan  voltan ( Voltage Core ).
 Jika berminat nak baiki  masalah pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.

Read More..

MASALAH DELL LATITUDE D620 640 LCD BLANKSCREEN

MASALAH
Baru-baru ni aku banyak terima Laptop rosak dari client tetap aku, dia ni kerja kat bahagian maintenance 1 kompeni IT yang terkenal.


Dia jumpa aku untuk baiki masalah Laptop-laptop office dia yang rosak.Biasanya komponi besar ni, kalau laptop rosak , diorang akan lupuskan dan beli baru.


Tapi masalah untuk kompeni client aku ni, budget untuk beli baru takda dan bos dia minta untuk dibaiki.


Kebanyakkan model yang rosak blankscreen ni model DELL LATITUDE D620/640. Laptop ni pakai grafik chipset NVIDIA Quadro NVS 110m sama seperti masalah dengan chipset Nvidia nforce 6000/7000/8400GS.




SOLUTION

Masalah Laptop DELL LATITUDE D620/640 ni adalah, grafik display chipset rosak.Sila tengok carta jadual specsification dibawah.




Teknik Reflow chipset tidak boleh digunakan untuk Laptop DELL LATITUDE D620/640 ini kerana hanya bertahan selama 1 minggu sahaja.Jadi solutionnya adalah kena tukar Nvidia chipset dengan yang baru.


Jadi , jika korang nak beli laptop second sila elak beli model DELL LATITUDE D620/640 - Nvidia chipset ini, kerana masalah overheating chipset biasa berlaku pada model ini.


 Jika berminat nak servis dan baiki boleh call/sms di no 0122411959.


SUMBER:
http://www.notebookcheck.net/Review-Dell-Latitude-D620-Notebook.3491.0.html
Read More..

Powered by Blogger.