DELL LATITUDE D510 TIBA TIBA KELUAR BLUE SCREEN ERROR MESEJ


11 Jan 2010

Hari ni tiba-tiba laptop Dell Latitude D510 aku keluar Blue screen error.Alamak apahal pulak laptop aku ni,tak pernah laptop ni rosak atau keluar blue screen selama aku pakai.Selalunya kalau keluar blue screen ni apabila windows system file corrupt atau install driver yang tak ngam dengan system laptop.Jadi aku check hardware laptop dulu,malasla aku kalau betul system dah corrupt,kena reinstall windows balik.atau format balik laptop.Jadi aku bukak casing laptop dan check tengok cpu,rupanya banyak habuk(menghalang perjalanan kipas).Jadi aku pun bersihkanla habuk-habuk tu dan aku letak thermal paste baru(yang lama dah keras).Lepas aku dah puas hati aku pasang balik laptop dan terus ok.Siapa-siapa yang berminat nak baiki laptop boleh hubungi no 012-2411959

Read More..

TIPS UNLOCK PASSWORD BIOS DELL LATITUDE E4300 MENGGUNAKAN MASTER PASSWORD GENERATOR


Masalah Laptop DELL LATITUDE E4300 ini, Laptop bermasalah untuk format Windows, ini kerana Laptop minta password Bios dahulu, apabila ingin masuk Windows. Masalahnya owner dah terlupa password bios yang digunakan.

MASALAH
  1. Laptop minta password Bios dahulu jika ingin masuk Windows Laptop
SOLUTION
Sebelum ini, aku ada ceritakan beberapa cara untuk membuang atau mereset password Bios dalam beberapa contoh pembaikkan Laptop yang aku pernah baiki.

Biasanya untuk masalah password, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuangnya, antaranya dengan cabut bateri cmos Laptop atau menggunakan utiliti seperti Master password generator atau guna Utiliti crack password berbentuk Dos contohnya !BIOSCmosPwd,KeyDisk . tetapi  selalunya ada risiko iaitu Laptop menjadi "blank".  (biasanya korang boleh jumpa utiliti ini didalam CD Hiren).

Cara lain pula adalah dengan , Flash atau program balik bios di OS Windows atau dari Dos (sama seperti cara korang upgrade version Bios latest), cara ini memerlukan korang download file Bios model Laptop/Netbook dari website pengilang. Cara ini, hanya boleh digunakan untuk laptop yang masih boleh running dan masih boleh untuk boot Windows atau masih hidup dan jika laptop korang mengalami Blankscreen, cara ini tidak dapat digunakan.

Untuk POST kali ini, aku akan huraikan cara membuang password BIOS menggunakan Master Password Generator.Korang boleh meneliti Utiliti ini dari pencipta program ini dogbert 1 

Untuk menggunakan Master Password Generator ini, pastikan Laptop bios mengeluarkan error code checksum.

Ada sesetengah model Laptop apabila dikunci dengan password , checksum ini akan dipaparkan selepas memasukkan kata laluan yang tidak sah untuk kali ketiga, contohnya seperti gambar di bawah ini:






Ambil code checksum ini, pilih  download scripts Windows binary di Jadual dibawah ini dengan berdasarkan jenama dan jenis Laptop yang sama dan run kan di Komputer yang Ok.

VendorHash EncodingExample of Hash Code/SerialScripts
Compaq5 decimal digits12345pwgen-5dec.py
Windows binary
Dellserial number1234567-595B
1234567-D35B
1234567-2A7B

Windows binary&source
Fujitsu-Siemens5 decimal digits12345pwgen-5dec.py
Windows binary
Fujitsu-Siemens8 hexadecimal digitsDEADBEEFpwgen-fsi-hex.py
Windows binary
Fujitsu-Siemens5x4 hexadecimal digitsAAAA-BBBB-CCCC-DEAD-BEEFpwgen-fsi-hex.py
Windows binary
Fujitsu-Siemens5x4 decimal digits1234-4321-1234-4321-1234pwgen-fsi-5x4dec.py
Windows binary
Hewlett-Packard5 decimal digits12345pwgen-5dec.py
Windows binary
Hewlett-Packard/Compaq Netbooks10 charactersCNU1234ABCpwgen-hpmini.py
Windows binary
Insyde H20 (generic)8 decimal digits03133610pwgen-insyde.py
Windows binary
Phoenix (generic)5 decimal digits12345pwgen-5dec.py
Windows binary
Sony7 digit serial number1234567pwgen-sony-serial.py
Windows binary
Samsung12 hexadecimal digits07088120410C0000pwgen-samsung.py
Windows binary

Taipkan code checksum yang diambil tadi. Contoh seperti gambar di bawah ini:

Masukkan code yang telah di genaratekan oleh Master Password Generator pada Laptop yang mempunyai masalah password Bios itu tadi.

Cara lain pula adalah, dengan cara menjumper kaki IC Eeprom  untuk menshortkan IC bios ini supaya password dirosakkan.Tetapi cara ini agak merbahaya kerana biasanya IC Eeprom boleh rosak dan % kejayaan mengunakan cara ini adalah hanya 50%.

Harap post ini dapat membantu dan Selamat mencuba.Tapi disini aku ingin beri Amaran jangan cuba pada Laptop yang tiada mengalami masalah BIOS, dan aku tidak bertangungjawab jika Laptop korang mengalami kerosakan atau masalah selepas membuat TIPS yang aku terangkan ini.

Jika korang tak berjaya juga, ada cara yang lain yang 100% gerenti success,  ialah aku biasanya program balik IC Bios baru secara manual menggunakan 
EEPROM Programmer .

Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted ataupun nak beli I.C bios yang telah di program baru untuk Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.









Read More..

MODIFIED POWER INPUT INVERTER LCD DELL LATITUDE D600


MASALAH  
Sebelum ni aku dah post pasal masalah Laptop Dell Latitude D600 tak boleh masuk windows sebab system Laptop mintak password.Dell D600 ni juga ada masalah lain iaitu, back-light LCD screen  tak menyala.Pernah ke korang kena masalah sebegini.Jadi aku test inverter serta ccfl LCD guna inverter tester.
Didapati inverter serta ccfl LCD berkeadaan baik dan aku suspek kerosakkan adalah pada power supply 12v inverter di motherboard laptop. 


PENYELESAIAN:   
 Ada 2 cara penyelesaian:
  1. Kena cari komponen di bahagian supply power inverter (memerlukan schematic dan pengujian).
  2. Ubah suai wiring baru (modified) pada power supply inverter LCD.
Aku pilih yang no.2, kerana cepat dan menjimatkan masa.


  




BAIK PULIH SIAP: 




Read More..

BAIK PULIH LAPTOP DELL LATITUDE D520 KENA SIRAM CURAH AIR


MASALAH

Masalah Laptop DELL LATITUDE D520  ini adalah tak boleh Power ON kerana motherboard laptop dah short akibat di curah dengan air.  

Owner  call aku mengatakan , Laptopnya tiba-tiba tak boleh Power On, problem terjadi setelah  dia tukar keyboard baru yang dibeli dari aku.Keyboard laptop lama dah rosak (tidak berfungsi) akibat terkena siraman air dan beberapa key hilang dicungkil oleh anak owner.


Kes ni aku agak pelik kerana 2 hari sebelum tu semasa tukar keyboard baru,  aku dah test depan owner dan tiada air yang bertakung didalam laptop .Laptop berkeadaan baik.


Pada luaran laptop didapati ada kesan air diatas permukaan keyboard dan pada permukaan LCD.Apabila dalaman laptop diperiksa, didapati air telah memasuki ke dalam ruang motherboard laptop dan sebahagian besar motherboard dan Ram sudah short.Aku tanya owner balik, dia tak pasti anaknya ada main dengan Laptop tu atau tidak.







BAIK PULIH SIAP: 
Masalah Laptop DELL LATITUDE D520 ni akhirnya berjaya diselesaikan.
Laptop telah diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink menyebabkan Laptop bermasalah mati dengan sendiri.Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik.


Apa tindakkan jika korang terkena kes seperti ini :http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/05/laptop-tertumpah-air-dan-tindakan-yang.html






Read More..

MASALAH DELL LATITUDE D620 640 LCD BLANKSCREEN

MASALAH
Baru-baru ni aku banyak terima Laptop rosak dari client tetap aku, dia ni kerja kat bahagian maintenance 1 kompeni IT yang terkenal.


Dia jumpa aku untuk baiki masalah Laptop-laptop office dia yang rosak.Biasanya komponi besar ni, kalau laptop rosak , diorang akan lupuskan dan beli baru.


Tapi masalah untuk kompeni client aku ni, budget untuk beli baru takda dan bos dia minta untuk dibaiki.


Kebanyakkan model yang rosak blankscreen ni model DELL LATITUDE D620/640. Laptop ni pakai grafik chipset NVIDIA Quadro NVS 110m sama seperti masalah dengan chipset Nvidia nforce 6000/7000/8400GS.




SOLUTION

Masalah Laptop DELL LATITUDE D620/640 ni adalah, grafik display chipset rosak.Sila tengok carta jadual specsification dibawah.




Teknik Reflow chipset tidak boleh digunakan untuk Laptop DELL LATITUDE D620/640 ini kerana hanya bertahan selama 1 minggu sahaja.Jadi solutionnya adalah kena tukar Nvidia chipset dengan yang baru.


Jadi , jika korang nak beli laptop second sila elak beli model DELL LATITUDE D620/640 - Nvidia chipset ini, kerana masalah overheating chipset biasa berlaku pada model ini.


 Jika berminat nak servis dan baiki boleh call/sms di no 0122411959.


SUMBER:
http://www.notebookcheck.net/Review-Dell-Latitude-D620-Notebook.3491.0.html
Read More..

Powered by Blogger.