BAIKPULIH HOUSING ACER ASPIRE 4937G PATAH DI BAHAGIAN PEMEGANG ENGSEL LCD


Masalah Laptop ACER ASPIRE 4937G ini, Laptop patah pada bahagian skru pemegang engsel(Hinges) sebelah kiri dan housing botom panel Laptop bahagian sistem HSF serta pemegan engsel turut patah.

MASALAH
  1. Laptop patah pada bahagian skru pemegang engsel(Hinges) sebelah kiri dan housing botom panel Laptop bahagian sistem HSF serta pemegang engsel turut patah.


SOLUTION
Biasanya untuk masalah sebegini, technician laptop akan gam kan bahagian yang patah, tapi disebabkan bahagian pemegang skru engsel memerlukan kekuatan, gam sahaja tidak memadai.

Biasanya gam yang digunakan ialah jenis Epoxy 3ton.Kalau menggunakan gam biasa, memang kekuatan tiada pada tempat yang patah.

Selain dari gamkan bahagian tempat skru yang patah, Hinges/engsel ini perlu diskrukan pada body housing Laptop dengan sekeping berekat besi yang dibuat khas untuk masalah Laptop ini.

Bereket besi ini digunakan untuk memberikannya kekuatan dan mengelakkan kerosakkan pada bahagian tidak berulang lagi.






Selain dari masalah ini, model ini juga biasa alami masalah yang aku listkan dibawah.

ACER ASPIRE 4937G
Masalah yang selalu dialami
  1. Apabila Power -ON button, kipas pusing elok sahaja.LCD skrin tiada dsplay.Bila cuba pada external monitor lain, tak keluar display
  2. Laptop Autorestart atau Autoshutdown
Penyebab Kerosakkan
  1. Vcore untuk Processor telah fail / faulty. 
Penyelesaian Masalah.
  1. Tukar komponen yang menyebabkan sistem motherboard mengalami masalah
Jika berminat nak baiki  masalah Housing Laptop crack atau patah Housing pada Laptop/PC ,boleh hubungi 0122411959/Hafizam.


Read More..

MACAMANA NAK BAIK PULIH MASALAH HINGES ENGSEL LCD LAPTOP TERLAMPAU KETAT

 

MASALAH:
Masalah laptop ni adalah bila buka LCD panel Lid punya la susah(siap berbunyi krak-krak dekat hinges (engsel Laptop).Masalah ni berlaku apabila hinges LCD terlalu ketat dan kehilangan gris dibahagian tempat gerakkan hinges.Masalah ini jika dibiarkan terlalu lama akan menyebabkan Hinges patah serta Lid panel (cover LCD) patah/pecah/retak atau lebih parah lagi LCD panel boleh patah dan rosak.
 

SOLUTION:
Penyelasaian untuk masalah ini adalah buka cover LCD panel untuk check hinges yang rosak.Setiap laptop cara penyelesaiannya adalah berbeza-beza.Untuk hinges laptop ini aku perasan ada 2 bahagian yang bergerak pada hinges ini.Hanya 1 bahagian yang terlau teruk(tak dapat pusing jika tak guna sepenuh tenaga untuk pusingkannya).Jadi aku ambil keputusan potong bahagian yang rosak.


SELESAI:
*Laptop telah dibaiki (kipas & Air ventilation juga telah cuci).  



Read More..

BAIKPULIH KEROSAKKAN PADA HINGES ENGSEL LCD LAPTOP


Laptop korang pernah rosak tak pada engsel/hinges Lcd.Masalah ni biasa terjadi pada Laptop.Aku biasa jumpa masalah ni pada semua brand Laptop seperti Acer, Dell , Compaq, HP, Asus dan dari survey kat internet juga terjadi pada Apple MacBook Pro serta Alienware.

Di post blog kali ni,aku nak cerita rosak hinges yang bukan disebab oleh factor kecuaian owner atau anak yang nakal pijak atau jatuhkan Laptop  (yang ni memang confirm patah selain benda lain juga akan rosak).

Korang nak tahu tak, yang masalah engsel ni memang akan rosak walaupun korang pakai dengan cermat dan teliti, ini kerana hinges-engsel ni juga perlu diservis.

Penyebab terjadi masalah ini adalah kualiti material yang digunakan oleh pengeluar laptop untuk menghasilkan Hinges untuk Laptop keluaran mereka tak dapat menangung beban tekanan serta geseran dari gerakkan buka dan tutup Laptop yang kerap.Masalah ini akan berlaku perlahan-lahan, biasanya dengan 2 tahun pemakain Laptop.
Adakah hinges yang rosak ni boleh di baik pulih?,.Biasanya jika korang hantar laptop yang rosak hinges pada kedai baik pulih komputer, biasanya technician kedai akan cakap kena tukar baru.jawapan itu separuh betul, ini kerana kena tengok pada keadaan teruk kerosakkan hinges tu dan kena tengok pada budget korang la untuk baik pulih.Ada kerosakkan hinges pada kedudukan yang critical dan ada kerosakkan yang minor sahaja.

Kerosakan pada kedudukan yang critical biasanya pada tempat hinges tu bergerak.dan kedudukan yang minor adalah tempat selain dari yang bergerak.

Ada 2 jenis meterial logam yang digunakan oleh pengeluar untuk menghasilkan hinges Laptop keluaran mereka:
  1. Jenis besi (keras/ susah nak crack/ susah nak rosak) -tapi bila rosak, hinges akan jem dan terlalu ketat dan akan merosakkan Lid housing LCD, serta mungkin LCD panel Laptop.
  2. Jenis Alloy (lembut,/senang nak crack/ selalu rosak) -tapi bila rosak, hinges akan jadi longgar
Macamana nak kesan kerosakkan pada hinges/engsel Laptop.Ada beberapa tanda /tips mudah yang boleh diikuti:
  1. Masa nak buka atau tutup Lcd Laptop akan terasa ketat serta berbunyi 
  2. Ada retakkan halus pada cover housing Lid LCD di kawasan hinges/engsel diskru.
Apa akibat dari kerosakkan hinges/engsel.Kerosakkan ini akan menyebabkan Lid cover LCD Laptop crack atau pecah selain pemegang hinges laptop patah/pecah serta paling teruk LCD Laptop itu sendiri boleh pecah.kerana bila gerakkan terlalu ketat, paksaan akan terjadi semasa hendak tutup atau buka, ini boleh menyebabkan LCD patah dan jika terlalu longgar LCD tak stabil dan mungkin akan selalu terjatuh kebelakang atau kedepan dan masalah ni boleh menyebabkan LCD panel rosak..
  1. Lid cover LCD pecah/crack

Apa yang perlu kita buat untuk menjaga hinges Laptop dari cepat rosak!
  1. Sila letak/sapu minyak gris atau minyak mesin jika terasa ada tanda-tanda yang aku sebutkan (tapi jika korang dah baca post ni sila periksa hinges laptop masing-masing, lebih baik mencegah dari berlaku sebelum rosak).

BAIKPULIH HINGES YANG ROSAK ATAU PATAH
Kerosakkan pada tempat critical(tempat gerakkan engsel) boleh dibaiki, tapi memerlukan kepakaran dan kebolehan kreativiti pembaik pulih, kalau korang suka aktiviti modified atau Mcgyver memang ada jalan nak baiki kerosakkan seperti yang disebut. Contoh adalah gambar dibawah ini.



Hinges Patah Kawasan Kritikal 



Hinges Patah Bukan Kawasan Kritikal 

Baik pulih seperti diatas ini hanya jika, budget baiki untuk tukar hinges baru, mahal dan parts ganti amat sukar diperolehi, disebabkan Laptop model lama atau jarang dipakai

Tapi bukan semua kerosakkan hinges/engsel boleh dibaik pulih, jika kerosakan kritikal atau model Laptop senang diperolehi (parts banyak, harga akan murah), baik tukar baru sahaja.

Tapi jika untuk Laptop yang jarang orang pakai, parts akan mahal dan option untuk baiki boleh dipertimbangkan.

Jika berminat nak baiki Laptop/Pc boleh hubungi aku di 0122411959.

Sumber:

http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/03/macamana-nak-baik-pulih-hingesengsel.html

http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/05/baik-pulih-acer-aspire-3680-lid-lcd.html

http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2012/01/baikpulih-acer-aspire-4741-masalah.h

http://lorenz.co.nz/2008/06/30/how-to-fix-a-broken-laptop-hinge
Read More..

BAIKPULIH LENOVO IDEAPAD G470 G475 HOUSING PATAH PECAH DI BAHAGIAN SKRU ENGSEL HINGES SKRIN

Masalah Laptop LENOVO IDEAPAD G470 ini, Laptop patah pada bahagian skru pemegang engsel(Hinges) di sebelah kanan dan jack power connector termasuk kedalam housing Laptop.

Masalah sebegini juga aku temui pada model Lenovo ideapad lain iatu siri G460 / G470 / G475 /Z470


MASALAH
  1. Laptop patah pada bahagian skru pemegang engsel(Hinges) dan jack power connector termasuk kedalam housing Laptop. 

SOLUTION
Biasanya untuk masalah sebegini, technician laptop akan gam kan bahagian yang patah, tapi disebabkan bahagian pemegang skru engsel memerlukan kekuatan, gam sahaja tidak memadai.

Biasanya gam yang digunakan ialah jenis Epoxy 3ton.Kalau menggunakan gam biasa, memang kekuatan tida pada tempat yang patah.

Selain dari gamkan bahagian tempat skru yang patah, Hinges/engsel ini perlu diskrukan pada body housing Laptop untuk memberikannya kekuatan dan mengelakkan kerosakkan pada bahagian tidak berulang lagi.










BAIKPULIH LENOVO G475 HOUSING  MASALAH PATAH DI BAHAGIAN SKRU ENGSEL


Jika berminat nak baiki  masalah Housing Laptop Crack atau Patah Housing pada Laptop/PC, boleh hubungi 0122411959/Hafizam.




Read More..

Powered by Blogger.