MASALAH LAPTOP SHORT DISEBABKAN OLEH SOKET AC DC ADAPTER CHARGER OUTLET FAULTY ATAU KENA PETIR




  Contoh Motherboard Short Disebabkan Dipanah Petir Serta Overvoltage Dari Soket Rosak  


Motherboard Komputer serta Laptop merupakan salah satu peralatan elektronik yang amat sensitif terhadap voltan lebih kerana di motherboardnya terdapat banyak komponen - komponen elektronik kecil yang mudah rosak jika terkena voltan atau arus lebih. 

Antara komponen elektronik penting yang sensitif adalah :
  1. Smd IC
  2. Smd Transistor
  3. Smd Capacitor 
Komputer chip (i.c) biasanya bekerja dengan voltan 5volts atau lebih rendah lagi (untuk power I.C 18.5v), dan i.c ini amat sensitif dan boleh rosak walaupun jika mendapat voltan lebih sikit sahaja dari 5v.Apatah lagi jika over voltage terjadi dari kejutan petir atau soket AC (240V) faulty, yang biasanya voltan serta arus terbabit amat tinggi.

Apakah, langkah yang perlu untuk mengelakkan over voltage terjadi pada Komputer atau Notebook korang.

  1. Jangan gunakan universal power adapter charger yang boleh adjust voltan untuk Laptop kerana adapter ni mempunyai rating tolerence voltage yang tak stabil.Sila guna adapter original atau local khas untuk power Laptop.
  2. Jangan pasang plug adapter Laptop/Komputer  semasa suis soket AC masih dalam berkeadaan hidup (ON).
  3. Jangan guna Laptop/Komputer atau surf internet ,lebih-lebih lagi connection internet menggunakan kabel Cat5/6 (network port) semasa hujan atau petir sambung menyambung. Elakkan menggunakan wired network semasa kilat, terutama sekiranya tiada lightning protection bagi talian telefon dan elektrik. Boleh menyebabkan kerosakan pada modem dan network card.
  4. Elak guna atau tutup peralatan elektrik/elektronik lain selain dari Laptop/Komputer ketika  hujan atau petir sambung menyambung  , jika pendawaian pembumian grounding (Earth) diketahuai tak elok(tak bagus).Boleh menyebabkan litar pintas dan overvoltage pada komponen PSU (power supply unit) dan adapter Laptop dan wired network card bahkan keseluruhan motherboard dan komponen dalaman. Sila gunakan voltage regulator sebagai langkah berjaga-jaga.  
  5. Jangan menggunakan plug yang menunjukkan tanda-tanda ianya rosak seperti tercabut dari tempat asal, ada tanda terbakar atau wayar yang terkena air serta jangan gunakan 1 soket outlet rumah untuk menyambung banyak extension soket dan menyambung banyak peratalatan elektrik dalam satu extension soket.
  6. Jangan gunakan power adapter charger yang menunjukkan tanda kerosakkan seperti power intermitent atau ada bunyi current keluar dari adapter atau ada bau hangit seperti terbakar walaupun masih ada voltage yang diperlukan Laptop jika belum dibaiki.  
Kesan over voltage:
  1. Merosakkan power supply di CPU Komputer serta adapter charger dan motherboard pada Laptop
  2. Power cable (wayar dari charger ke plug) terbakar.
  3. Adapter / charger laptop rosak (tak hidup atau berkelip).

Situasi yang pernah terjadi kepada custemer aku:

  1. Laptop terus tak hidup dan adapter charger blinking setelah menggunakan soket yang mempunyai kesan terbakar.
  2. Power supply PSU di CPU komputer rosak kerana tidak menutup komputer akibat daripada arus voltage elektrik yang kuat sewaktu berlaku ribut petir (masalah pembumian).  
  3. Network port Komputer terbakar kerana surf internet semasa berlaku ribut petir   

Periksa kebocoran arus elektrik dengan menggunakan test-pen (boleh dibeli di mana-mana kedai elektrik dan elektronik) dengan menyentuh test-pen pada casing / peralatan laptop. Sekiranya lampu test-pen bernyala, kebocoran elektrik wujud. Boleh mengakibatkan kerosakan komponen terutamanya laptop monitor dan motherboard. Periksa soket plug atau tukarkan soket baru. Jika menggunakan extension plug, gantikan dengan yang baru.Pastikan ada wayar grounding bumi (Earth) pada peralatan Komputer atau laptop korang.


Jika korang menemui lampu led adapter Laptop korang berkelip serta ada bau terbakar keluar dari laptop atau adapter, sila ambil langkah berwaspada. Biasanya kerosakkan telah terjadi pada motherboard dan adaptor Laptop korang. Jangan gunakan sementara adapter yang berkelip tersebut jika Laptop korang masih boleh hidup dengan menggunakan bateri.

Apa yang akan terjadi jika korang masih gunakan Laptop?
  1. Bateri laptop korang boleh mati atau short.
  2. Salah satu komponen pada mainboard atau adapter akan terbakar dan menyebabkan laptop mati terus(dead). (Jika laptop korang  masih ada waranti, sila hantar untuk pembaikkan atau penggantian)

Apa maksud lampu led adapter charger berkelip, ia menandakan berlaku ’short’ atau over voltage pada mainboard atau pada adapter.

Tips mudah cara melakukan test untuk masalah ini adalah :

  1. Pinjam adapter lain (pastikan berkeadaan baik) yang sama model dan brand (pastikan voltage dan current sama) dari rakan untuk dicuba pada Laptop, jika terjadi kerosakkan sama pada adapter tersebut seperti lampu adapter berkelip atau tidak menyala sama sekali atau lampu led Laptop yang biasanya biru atau hijau menjadi warna lain ,dipastikan telah terjadi masalah ’short’ atau over voltage pada motherboard laptop.Jika adapter berkeadaan ok dan Laptop berkeadaan baik,  telah dapat dipastikan hanya charger dapter asal yang rosak, sila ganti baru.  
  2. Gunakan multimeter untuk mengukur ,arus dan voltan masih  berkeadaan ’normal’ seperti yang tertulis label adapter yang problem. Cara ini perlu pengetahuan asas elektronik.

Jika motherboard laptop yang rosak, adakah boleh dibaiki lagi apabila ’short’ atau overvoltage  ?
Boleh dibaiki, tapi sila buat seperti cara berikut:
  1. Jika masih dalam waranti, sila hantar untuk pembaikkan atau penggantian ke service center terdekat.
  2. Bawa ke Service Center atau Kedai baikpulih yang direkomen yang terbukti boleh dipercaya untuk setelkan masalah ini dengan baik. Korang boleh mencari info-info ini dengan bertanya di forum-forum seperti http://forum.lowyat.net/, http://forum.putera.com/tanya/ atau http://mforum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=236. Biasanya disana ada perkongsian masalah orang yang sudah mempunyai pengalaman dengan masalah Laptop korang.Ini adalah untuk mengelakkan korang dari tertipu atau ditipu
Adakah Adapter Laptop charger masih boleh dibaiki  jika sudah ’short’ atau over voltage  ? 
Boleh dibaiki, tapi aku tak sarankan untuk baiki lagi jika adapter charger yang faulty. Adaptor yang dibaiki sangat berisiko untuk digunakan semula. Jika selepas dibaiki, adapter ini masih mengalami   short’ atau over voltage atau mengalami masalh lain, mainboard Laptop korang boleh burn. Dan biasanya dapter yang telah dibaiki hanya bertahan untuk jangka masa sekejap sahaja.Lebih baik beli adapter charger baru atau secondhand original (yang belum pernah dibaiki) yang di jual dikedai komputer atau di internet (harga dalam rm50-rm120).



Read More..

BAIKI MASALAH TOSHIBA SATELLITE L200 TAK BOLEH POWER ON GUNA CHARGER

MASALAH

Masalah laptop TOSHIBA SATELLITE L200 ni adalah,sama dengan masalah yang dialami Laptop Toshiba M200/L300.


SOLUTION :
Aku buka housing laptop dan tukar komponen faulty yang menyebabkan masalah Laptop terjadi.Perlu diingatkan, kalau salah cara semasa kerja resolder (rework) komponen faulty tu dilakukan boleh menyebabkan motherboard Laptop rosak dan akan bermasalah untuk power ON.


Penggantian Komponen elektronik baru dilakukan pada motherboard laptop dan masalah berjaya diselasaikan.



Laptop ini juga mengalami masalah speaker pecah (kertas diaphragm speaker dah reput), jadi baik pulih dilakukan pada speaker Laptop.







Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

Read More..

BAIK PULIH NETBOOK ASUS EeePC 1001P POWER ADAPTER CHARGER BLINKING LAPTOP TAK BOLEH POWER ON




MASALAH
Masalah netbook ASUS EeePc 1001P ni adalah tak boleh power on (owner cerita dia power on netbook guna dari soket extention kabel yang dia cakap rosak).Apabila jack dari power adapter charger laptop disambung ke netbook .Led power charger berkelip-kelip(blinking) dan netbook akan berkeadaan begitu dan masih tak boleh power on pada suis start .Netbook LCD blank screen (tidak keluar apa-apa)-keadaan netbook menunjukkan motherboard telah short.






 BAIK PULIH SIAP: 





Read More..

ACER ASPIRE 3640 POWER ADAPTER CHARGER BLINKING LAPTOP TAK BOLEH POWER ON

MASALAH:
  1. Masalah laptop ni adalah tak boleh power on.Apabila jack dari power adater charger laptop disambung ke Laptop .Led power charger berkelip-kelip(blinking) dan Laptop akan berkeadaan begitu dan masih tak boleh power on pada suis start .Laptop LCD blank screen (tidak keluar apa-apa).
 SOLUTION :
  1. CPU/RAM/ADAPTER CHARGER berkeadaan baik dan tak rosak.Laptop terpaksa dibuka untuk mengenal pasti komponen yang rosak.Aku suspect motherboard defect pada bahagian blok(bahagian) power.
  2. Laptop ini aku check (bukak casing) dan memang betul ada komponen elektronik  pada bahagian blok (bahagian) power motherboard laptop tu yang telah rosak.Jadi kena TUKAR komponen elektronik YANG ROSAK pada motherboard.

SELESAI:
*Laptop telah dibaiki (kipas & Air ventilation juga telah cuci).
 


Read More..

TIPS MEMILIH AC ADAPTER CHARGER LAPTOP YANG SESUAI UNTUK LAPTOP ANDA


Salam bro Hafizam,


Saya nak tanyer pendapat sket. Problem saya :
- Compaq CQ41 -Voltage 18.5V, 3.5A tapi adapter xder tp saya ada :
- POwer adapter CQ20 output voltage 19V, 4.7A


So boleh cocok ker adapter tu kt notebook CQ41. Sbb sblm nie pakai yang universal adapter jer. Tapi bila cocok x masuk charge. Universal adapter nie confim OK. Saya ingt nk sms jer tapi takut kacau so antor email jer la. Thanks bro sbb sudi bagi pendapat. Salam


Halim,
Kemaman, Terengganu


Ok, ini jawapan aku:

Power adapter CQ20 dengan output voltage 19V, 4.7A tak boleh pakai untuk Compaq CQ41 yang mempunyai voltage 18.5V, 3.5A kerana output voltan adapter CQ20 tu tinggi sikit dari output voltan adapter Compaq CQ41 iaitu sebanyak 5V . 

Bagaimana pula contohnya dengan AC power adapter yang mempunyai voltage yang sama tetapi Amps yang berlainan, contohnya:

Toshiba Sattelite M200 -Voltan  15.6V / 6.0A
Toshiba Sattelite L300 - Voltan   15.6V / 5.0A 


Kebiasaannya rating Ampere yanng tercatat pada AC adapter charger adalah Arus (Amps) maximum value yang dapat dibekalkan oleh adapter charger.
Ini bermakna AC adapter charger   15.6V/6A boleh mengantikan   AC adapter charge  15.6V/5A untuk laptop.Apa yang penting untuk pemilihan   AC adapter charger adalah, voltage output adalah sama dan Ampere samaada sama atau tinggi sikit dari original AC adpater charger.   Amps biasanya kalau tinggi tak apa kerana Laptop hanya ambil amps yang diperlukan sahaja

Untuk pemilihan pengantian baru laptop adapter ada 5 perkara yang penting:
  1. Pastikan polarity + dan - ve betul, kalau tidak motherboard burn.
  2. Voltan adapter kurang sikit takpe jangan lebih kalau tidak motherboard burn
  3. Amps biasanya kalau tinggi tak apa kerana Laptop hanya ambil amps yang diperlukan sahaja dan kalau rendah ada masalah dengan AC adpter charger overheating.Tetapi jangan juga guna Amps yang terlalu tinggi dari amps AC adapter asal.
  4. Pastikan  connector adalah sama size dan tak bergoyang atau longgar.  
  5. Jangan guna universal AC adapter charger untuk laptop korang kerana voltage ini biasanya tak stabil dan bila lama digunakan suis untuk melaras voltan adapter rosak dan ini boleh menyebabkan motherboard overvoltage atau kurang voltage.  
Contohnya adalah jika Rating Power Yang Diperlukan Laptop Aceradalah (19V / 3.42A),  korang boleh lihat pada bahagian bawah Laptop,  jangan guna AC Adapter Charger Salah (19V / 3.16A) tapi guna AC Adapter Charger Betul (19V / 3.42A)

Menggunakan   AC adapter charger yang mempunyai amps yang rendah dari adapter asal ( 5A ke atas 6A laptop) boleh menyebabkan:

  1. AC adapter charger cepat rosak serta mengalami masalah housing serta kabel power cair dan merekah disebabkan overheating  dari sebab penggunaan arus yang ditarik oleh Laptop.
  2. Bateri Laptop lambat charging untuk penuh.
Menggunakan   AC adapter charger yang mempunyai watt yang tinggi dari adapter asal ( 90w ke atas 65w laptop) boleh menyebabkan:
  1.  Bateri akan cepat kong
Macamana nak kira watt   AC adapter charger. Contoh untuk Acer.

V= 19v (V)
A= 3.42A (I)
P (W) = I x V
P = 19V x 3.42A = 64.98 (65w)


Jadi pemilihan mudah untuk penggantian Laptop adalah dengan memilih AC adapter original atau AC adapter original Local tapi mempunyai rating sama dengan rating yang diperlukan Laptop.

Jika korang nak cari Adapter Charger baru boleh ke link ni untuk tengok harga:

http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/p/adapter-charger-laptop-baru.html

  




Read More..

BAIKPULIH DELL INSPIRON N4030 TAK BOLEH POWER ON ADAPTER CHARGER OFF SENDIRI BILA SAMBUNG KE LAPTOP

MASALAH
Masalah Laptop DELL INSPIRON N4030 ini langsung tak boleh Power-On.Apabila  jack dari adapter charger Laptop disambung ke connector Laptop. Led indicator adapter power charger akan mati dan bila ditest mengunakan multimeter pada jack power adapter, tiada arus elektrik yang mengalir(voltan tiada). Masalah ini terjadi walaupun guna adapter yang lain.

Mula-mula owner, telah hantar pada beberapa kedai, tapi dia tidak setuju dengan harga yang di minta oleh kedai-kedai tersebut  yang menurutnya terlalu tinggi seperti harga tukar motherboard laptop baru.Jadi cuba cari tempat repair di internet dan terjumpa blog ini.

Masalah ini seakan sama dengan kerosakkan pada Laptop Dell Latitude 510m yang pernah aku baiki dulu. Boleh lihat di Link ini.

TROUBLESHOOTING
Jadi, aku suspek masalah adalah berpunca di motherboard kerana semua charger Laptop Dell yang ditest di matikan oleh laptop ketika disambung. Untuk masalah shorting ini, beberapa hardware yang perlu diperiksa, antaranya:

  1. CPU / RAM / ADAPTER CHARGER diperiksa berkeadaan baik dan tak rosak.Laptop terpaksa dibuka untuk mengenal pasti komponen yang rosak.Aku suspect ada komponen di motherboard yang shorting pada bahagian blok(bahagian) litar pembahagi kuasa.
  2. Untuk mencari komponen yang bermasalah tersebut, Laptop ini, aku lakukan pemeriksaan dengan menyeluruh  (bukak casing housing Laptop) dengan hanya tinggal motherboard sahaja. 
  3. Bahagian Komponen Power blok(bahagian) litar pembahagi kuasa  perlu di buka & di periksa satu per satu untuk mencari punca kerosakan ini.
SOLUTION
Dari pemeriksaan yang dilakukan, didapati ada komponen pada bahagian litar pembahagi kuasa motherboard Laptop tu yang telah rosak.Jadi kena GANTI komponen elektronik YANG TELAH ROSAK tersebut
Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.


Read More..

REPAIR DELL ADAPTER LAPTOP CHARGER



MASALAH:
1.Apabila Start button Laptop ditekan selepas post bios LCD panel laptop keluar Error tak dapat detect charger (sebelum ni laptop tiada masalah tersebut kerana menggunakan adapter charger original) biasanya masalah ini berlaku pada Laptop jenama DELL.

REPAIRING:









SOLUTION :
2.Kenapa masalah ini hanya berlaku pada laptop dell.Ini kerana dell menggunakan teknologi khas yang membolehkan laptop bios mengenal pasti charger laptop.Ada satu chip khas didalam charger laptop Dell yang akan menghantar isyarat untuk bios laptop mengenal pasti adapter charger dan yang menghubungkan chip tersebut dengan Laptop Dell adalah wayar putih yang telah putus yang aku ceritakan tadi.Ada kebaikan dan keburukkan teknologi ini dan keburukkannya adalah yang aku ceritakan ini dan biasa jika chip identiti rosak.Jadi kalau korang terkena dengan masalah ini ada 2 je kemungkinan yang rosak
  • wayar putih putus
  • Identity Chip didalam charger dah blow.

3.Aku repair balik laptop charger ni sebab charger untuk Laptop ni susah skit nak dapat 19.5V 4.62A.Biasanya yang ada dalam pasaran 19.5V 3.34A dan yang original lebih bertahan lama walaupun on power 24jam.

Read More..

BAIKPULIH HP COMPAQ NC6120 CONNECTOR CHARGER POWER ADAPTER PATAH

Masalah Laptop HP COMPAQ NC6120 ini, Laptop Pin connector adapter charger di motherboard telah patah, jadi laptop tak boleh dihidupkan. 

Owner Laptop ini, berada di Terengganu, dan dia mengalami kesulitan untuk mencari kedai yang dapat menukar connector adapter charger untuk laptopnya.

SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop Pin connector adapter charger rosak, penggantian dengan connector baru adalah penyelesaian yang paling baik.

Tapi jika, tiada spareparts untuk model yang rosak yang available, modified dengan connector Laptop lain adalah cara kedua yang paling sesuai.
Jika berminat nak baiki  masalah pada Laptop / PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.


Read More..

Powered by Blogger.