Sistem cooling yang fail untuk laptop yang menggunakan chipset-chipset tersebut berkongsi (processor + Gpu ) dan ada (processor + Gpu + Southbridge).
Biasanya chipset-chipset Nvidia atau AMD Radeon ini berkerja dengan suhu yang tinggi (dalam 55C-65C ) dan bila dikongsi bersama dengan processor, suhu yang perlu dikeluarkan dan distabilkan pada heatsink adalah tinggi (kadang-kadang kipas yang besar pun tak dapat keluarkan haba ini sepenuhnya).
Untuk chipset-chipset ini fail/rosak biasanya mengambil masa 1-4 tahun usia laptop.Rosak secara perlahan-lahan disebabkan overheating.
Inilah penyebab utama, masalah overheating pada laptop-laptop tersebut.Walaupun heatsink design yang diguna laptop yang guna intel chipset juga sama, tapi disebabkan chipset-chipset intel tidak mengeluarkan haba yang terlalu tingi (30C-35C), merupakan faktor utama laptop yang menggunakan intel chipset bertahan lama.
Laptop yang menggunakan grafik chipset yang aku tau ada 3 jenis.
1
.Display chipset solder di motherboard + heatsink berkongsi dengan processor + chipset lain.(kalau overheating, kos nak baiki mahal serta masalah mungkin berulang balik)2.
Display card slot MXM + heatsink berkongsi dengan processor + chipset lain (overheating tapi baiki cuma tukar card display sahaja+ senang nak upgrade).3.
Display chipset solder di motherboard + heatsink tapi heatsink dengan kipas asing dengan processor + chipset lain.(biasanya tak ada masalah overheating serta senag nak upgrade) ada juga yang jenis pakai slot MXM.Masalah overheating pada Laptop guna garfik chipset macam tak berkesudahan, sekarang yang dah tau model bermasalah display chipset overheating adalah Acer 4540, 4551, 4741G, dan ada juga beberapa model Asus yang terkena masalah ini.Semua brand Laptop ada masalah ini, bukan Compaq-HP sahaja, Apple Macbook Pro pun ada masalah ni.
Bukan nak kata Laptop yang guna chipset intel takda masalah.Laptop guna chipset intel juga ada masalah terutama bahagian power distribution di motherboard serta bios corrupted.
Tapi masalah membabitkan BGA chipset (northbridge, southbridge, display chipset) adalah kos yang paling mahal dan paling berisiko.Risiko masalah mungkin berulang juga adalah tinggi walaupun sudah ditukar dengan chipset baru.
Banyak kedai yang ada BGA infrared machine, claim boleh buat tukar bga chipset, tapi kena tau, nak operate machine tu kena ada ilmu, bukan boleh terus guna, baca post ni :http://wetfusion.blogspot.com/2012/04/fusion-technica.html.
Untuk tukar chipset atau reball perlu ada thermal profile serta latihan yang kerap untuk mahir.Kalau salah buat board rosak serta chipset rosak.Kalau tak pernah buat dan takda guru atau rakan yang tau thermal profile, memang akan kena buat try & error.Setiap chipset ada thermal profile yang tersendiri, tak sama.Kalau tak pandai, asik rosak jelah board custemer.Last-last BGA machine tu buat pameran je la.
Sebab tu kebanyakkan kedai buat reflow sahaja sebab risiko jika buat reball atau tukar chipset baru adalah tinggi walaupun ada sesetengah kedai tu ada BGA infrared machine tu(sebagai pameran je tu ).Tapi tengok juga harga kedai tu bagi.Paling murah untuk kos reflow adalah
rm100+waranti 1bulan.
Oleh itu, unuk nasihat jika owner berniat hanya nak pakai lama Laptop serta guna laptop buat kerja ofis, tengok, movie atau dengar lagu serta main game yang ringan je , nasihat aku untuk langkah selamat, beli laptop yang pakai intel chipset sahaja.Bukan pakai processor intel serta pakai grafik chipset dari Nvidia atau AMD-ATI.
Aku bagi contol Dell Latitude 630/620, ada 2 version ada pakai nvidia ada pakai intel tapi kedua version ini , processor pakai intel, tapi yang bermasalah yang pakai nvidia dulu.
Sekarang telah ada Laptop model yang sekarang dinamakan sebagai teknologi Nvidia Optimus atau yang guna dual chipset (intel atau Amd Radeon), mash tak tau lagi bermasalah atau tidak sebab masih baru.Tapi technology dicipta ni aku rasa adalah untuk solve masalah overheating tu, sebab jika chipset display fail atau overheating , mungkin korang boleh disable chipset yang fail tu dan guna hanya intrigated intel display yang ada bersama.