KERJA BAIKPULIH HOUSING PENUTUP HINGES LAPTOP ACER TRAVELMATE 4150 YANG PATAH SERTA UPGRADE


MASALAH


Masalah Laptop ACER TRAVELMATE 4150  ini adalah Hinges patah serta cover penutup hinges telah patah.
Owner juga mengalami masalah external Harddisk corrupted. Bateri Laptop juga sudah kong (flat) dan perlu diganti dengan yang baru.


Dan owner  juga mahu Upgrade Laptop pada tahap maximum performance. 



KEROSAKKAN

Antara kerosakkan laptop ialah:
  1. Hinges(Engsel)laptop kanan  telah patah.
  2. Housing(casing) penutup hinges laptop di 1 tempat telah patah.
  3. Bateri kong.
  4. External HDD data telah corrupt dan tak dapat di akses
  5. Windows Laptop diserang virus menyebabkan sistem jadi slow dan lagging.


BAIK PULIH SIAP: 
Masalah Laptop ACER TRAVELMATE 4150 ni berjaya diselesaikan dengan pengantian parts baru serta dengan Ram  yang diupgradekan ke maximum Laptop boleh support.


Housing(casing) penutup hinges laptop yang telah patah  tu telah aku baik pulih dengan mengambil  plastic dari botol deodorant yang telah kosong dan dibentuk menyemai keadaan housing yang asal.

Laptop telah diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink menyebabkan Laptop bermasalah mati dengan sendiri.Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik serta normal.

Read More..

KERJA CONVERT MOTHERBOARD COMPAQ V3000 AMD NVIDIA DISPLAY KEPADA MOTHERBOARD COMPAQ V3000 INTEL DISPLAY

MASALAH

Masalah laptop COMPAQ  V3000 AMD / NVIDIA ini adalah GPU NVIDIA chipset display overheating, antara tanda-tanda kerosakkan ini adalah  LCD blank , tak boleh Power-On (dan ada lagi tanda yang lain).

Laptop ini sebenarnya dah lama, iaitu keluaran tahun 2007.Dan pada tahun 2009-2010 amat famous pasal masalah kerosakkan  GPU NVIDIA chipset display overheating

Masalah ini selalunya akan berulang samada pembaikan hanya dengan repair/reflow chipset ataupun dengan menukar chipset GPU baru.

Korang boleh lihat detail kerosakkan kerosakan pada Laptop Compaq V3000 disini dan lihat disini.

Penukaran chipset NVIDIA baru biasanya, masalah overheating GPU kadang-kadang akan berulang balik dan akan terjadi juga (ini adalah dari kes-kes yang aku jumpa).
 

Jadi boleh aku terangkan di POST untuk kali ini, samada pembaikan hanya dengan reflow/reball/tukar chipset baru ataupun tukar motherboard AMD (secondhand atau refurbish), masalah overheating chipset tetap akan berlaku, cepat atau lambat (bergantung pada nasib owner serta penjagaan laptop) .

Ini adalah kerana  COMPAQ  V3000 AMD / NVIDIA  ini walaupun telah ditukar dengan GPU chipset baru atau tukar motherboard AMD (secondhand atau refurbish)  pun akan masih menggunakan chipset NVIDIA Display yang sama serta sistem cooling HeatSink yang sama, jadi masalah yang akan dihadapi laptop pun akan sama dan akan berulang lagi.


Biasanya solution yang terbaik serta bertahan lama untuk jangka masa lebih 2-4 tahun bagi masalah NVIDIAchipset overheating ni adalah menukar motherboard yang bermasalah GPU itu dengan motherboard yang baru (yang betul-betul baru - berada dalam kotak lihat disini) atau convert kepada motherboard intel yang guna intel chipset sahaja, ini adalah berdasarkan pada pengalaman aku baiki masalah Laptop model ni.
Contoh Motherboard baru.

Untuk masalah Laptop COMPAQ V3000 AMD - NVIDIA ini, Laptop ini pernah rosak sebelum ini, masalah chipset overheating, lepas repair, hanya bertahan untuk masa yang singkat sahaja dan rosak balik dengan masalah yang sama iaitu chipset GPU chipset overheating

Laptop ini, sebenarnya kepunyaan adik owner dan telah rosak dan dibiarkan pada masa yang agak lama (kira-kira 1 tahun sudah rosak balik).Adiknya telah bagi free sahaja pada owner laptop ini untuk dibaiki.

Jadi, owner ambil keputusan untuk convert ke motherboard COMPAQ  V3000 Intel selepas mendengar nasihat dari aku.



CONVERT MOTHERBOARD  COMPAQ V3000-AMD / NVIDIA DISPLAY KE COMPAQ V3000-INTEL

Convert motherboard yang berlainan chipset dan Processor untuk laptop ini bukan semudah atau sesenang yang disangkakan, sebelum ini aku pernah convert beberapa model laptop lihat sini. Jadi pastikan korang jika nak convert hanta pada thecnician yang biasa buat, kerana takut kos akan meningkat akibat penambahan hardware yang perlu tukar.

Untuk kerja convert ini ada beberapa Hardware yang perlu ditukar sekali, antaranya:

  1. Heatsink Processor tak sama (perlu tukar heatsink untuk intel processor)
  2. Processor perlu tukar 
  3. Touchpad / mousepad tak sama riben conector (perlu tukar  Touchpad / mousepad sama riben conector)  
PERBEZAAN  MOTHERBOARD V3000-AMD  DAN  V3000-INTEL



Laptop berkeadaan baik.Heat Sink serta kipas telah dicuci.Laptop telah di test dan berada didalam keadaan stabil.

Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.




Read More..

KERJA KERJA PEMBAIKAN LAPTOP PC BULAN JUN JULAI

ACER ASPIRE 4520 MATI DAN POWER CHARGER BLINKING BILA DISAMBUNG KE LAPTOP


Masalah Laptop : Laptop tak dapat hidup (Blank Screen).Bila tekan start button LED dia tak menyala.Aku check adapter battery charger dan didapati led power charger blinking apabila disambung pada laptop.Jika tak disambung charger ok.Check power charger guna multimeter reading adalah dalam sepatutnya 19V .Check ram,ok.Check Video graphic laptop di external monitor, tiada gambar.

Solution Repair : Jadi conclusion punca utama masalah ni berlaku di motherboard laptop tersebut.Jadi laptop kena bukak.Masalah selesai bila motherboard telah direpair.Tapi Laptop ni ada masalah GPU yang dah teruk.Kena tukar chip GPU baru jika nak elok balik.Kos agak tinggi untuk dibaiki.





Read More..

KERJA KERJA SENGGARAAN UNTUK LAPTOP MSI MEGABOOK LCD BACKLIGHT INTERMITENT HOUSING CRACK PATAH


MASALAH:
1.Laptop LCD display panel intermitent menyala (kadang-kadang gelap kadang-kadang terang) pada kedudukan tertentu.
2.Laptop agak panas pada ventilation
3.Windows slow
4.Housing/casing Laptop crack dan patah (owner minta repair kalau boleh)
5.Key F7 pada keyboard pad tertanggal

SOLUTION 1:

1.Aku suspect inverter atau kabel Lcd defect.Jadi Lcd Panel Kena buka dan test.Dapat detect kabel power inverter dari motherboard ke inverter defect.


















*Laptop kipas heatsink kena cuci.Masalah adalah laptop mengalami overheating jika ventilation untuk kipas tidak dibersihkan laptop restart berlaku.Procedure ini amat penting jika tidak ingin laptop yang anda sayangi rosak dan bertahan lama.Kepanasan(Heat) adalah musuh utama untuk komponen electronics.Jadi kalau boleh cuci kipas heatsink 1 tahun skali.

SELESAI:

*Laptop telah dibaiki (housing/casing juga telah dibaiki).



Read More..

KERJA KERJA BAIKPULIH LAPTOP ACER TRAVELMATE 4150 50 ROSAK


Laptop Acer travelmate 4150 ni kakak aku punya.Dia minta tolong aku repair balik laptop ni sebab dah  rosak teruk dimain oleh anak-anak dia(dia sayang sangat kat laptop ni).Bagi aku laptop ini antara laptop acer yang paling tahan kerana sudah berusia 6 tahun tapi masih terus hidup tanpa masalah kerosakkan yang teruk misalnya membabitkan motherboard (laptop ni aku yang tolong belikan pada tahun 2005 untuk kakak masa tu harga laptop ni rm2600 kalau tak silap aku).

KEROSAKKAN

Antara kerosakkan laptop ialah:
  1. Hinges(Engsel)laptop kiri dan kanan (sepasang) telah patah.
  2. Butang mousepad dah longar(goyang) 
  3. Wifi antenna kabel(wayar) hampir putus 
  4. Keypad Laptop hilang beberapa key kerana dicungkil.
  5. Housing(casing) laptop di beberapa tempat patah.
  6. 1 usb port patah didalam kerana di cungkil.
  7. Lcd keluar defect berbelang di paparan kerana laptop telah di pijak (oleh anak kakak).

 


  

PEMBAIKKAN 
Pembaikkan dijalankan dari Laptop sparepart (laptop rosak motherboard & LCD) yang aku beli (harga boleh tahanla untuk repair laptop lama ni TAPI AGAK BERBALOI DARI BELI PART BY PART yang dijual dikedai atau penjual di internet).









SEBELUM & SELEPAS LAPTOP DIBAIKPULIH



*Laptop telah dibaiki (kipas &Air ventilation juga telah cuci).


Read More..

Powered by Blogger.