DELL INSPIRON 1525 TIADA LAMPU BACKLIGHT


3 Jan 2010
Hari ni aku berjumpa dengan seorang customer(lelaki).Laptop dia ada masalah (backlight LCD masa mula-mula on laptop hidup lepastu tiba-tiba mati pulak).Jadi susah dia nak buat kerja sebab susah nak Nampak huruf.Jadi dia guna external monitor untuk buat kerja-kerja dia.Jadi aku pun checkla lcd dia tengok inverter cfl LCD yang rosak atau lampu cfl yang dah burn.Dan setelah aku check confirm lampu cfl dia dah burn.Hujung connector tu dah burn dah.Nak bukak lampu ni susah ooi.Benda ni letak kat bawah LCD,jadi kena bukak LCD sekeping-sekeping.Kalau tak hati-hati LCD boleh crack atau patah.Resiko amat besar.LCD kalau tukar baru dah rm500 tu pun bukan ori punya.Siapa-siapa yang berminat nak repair boleh hubungi 012-2411959





Read More..

BAIKPULIH ACER ASPIRE 4935 LED WHITE SCREEN WSOD PROBLEM TIADA SIGNAL PADA EXTERNAL MONITOR



MASALAH  
Acer Aspire 4935 ini ada masalah white screen (WSOD) dan owner sudah test di external monitor tapi tiada signal (Laptop tak Post).Laptop lansung tiada tiada bunyi post (laptop tak boleh boot up - kemungkinan bios corupt) tapi boleh Power-UP.

Biasanya jika korang kena WSOD ni. Ada 3 kemungkinan
  1. Kabel riben LED rosak / rengang di connector
  2. LED Skrin rosak
  3. Signal video di motherboard tiada.
Kenapa LCD panel tu jadi putih.Ini kerana hanya lampu Backlight LED (LED/CCFL) itu sahaja yang berfungsi.Video signal pada LED tiada, ada 2 kemungkinan

  1. Power/Voltan untuk   pixel  LED (logic controller LED) bermasalah
  2. Data signal video LED bermasalah 

PENYELESAIAN:

 Ada 1 cara penyelesaian: Laptop terpaksa dibuka untuk mencari kerosakkan dan dibaik pulih..


Problem(masalah) LED Laptop white screen (WSOD) masih sama (tiada signal dari motherboard laptop ke LED panel) apabila di test dengan LED panel Laptop.White Screen problem biasanya menunjukkan power ke LED atau inverter ada, tapi signal video tiada,kerosakkan ini, aku rasa terjadi pada pembahagi signal video di LED connector kerana external monitor pada Projektor Port ada signal selepas motherboard dibaiki sebelum ini oleh aku.



BAIK PULIH :
LED skrin aku check berada dalam keadaan baik dan Laptop telah ditest di external monitor.Jadi masalah, berkemungkinan berpunca dari komponen electronik di motherbord.Jadi kena buka housing Laptop untuk pastikan kerosakkan.

Untuk Laptop ini ,penyebab kerosakkan ini adalah pada komponen electronic yang membekalkan  voltan/power ke logic controller LED telah rosak.


Laptop berkeadaan baik.Heat Sink serta kipas telah dicuci.Laptop telah di test dan berada didalam keadaan stabil.

Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.
Read More..

BAIKI COMPAQ PRESARIO C700 TIADA POWER DAN TAK BOLEH POWER ON


MASALAH

Masalah laptop COMPAQ PRESARIO C700 ni adalah, tak boleh power (ON ) laptop.Kawasan soket power jack juga tiada led biru  menyala yang menunjukkan ada voltage membekalkan power pada laptop .

SOLUTION :
Aku buka housing laptop dan check motherboard laptop.Laptop charger telah di check dan berada dalam keadaan baik (18.5V/3.45A).


Kabel conector power juga telah diperiksa berada dalam keadaan baik.Tapi bila diukur pada bahagian I.C mosfet PQ2 Motherboard tiada voltage dibahagian itu.

Penggantian komponen power IC yang membekalkan voltage pada PQ2 mosfet dilakukan  pada laptop dan masalah berjaya diselasaikan.







Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/HAFIZAM


Read More..

Powered by Blogger.