BAIK PULIH TOSHIBA SATELLITE L310 RIBEN PROBLEM DAN BREKET HINGES PATAH



MASALAH
Masalah laptop ni adalah, Video LCD Laptop hanya ada(keluar) pada kedudukkan tertentu.Apabila Lcd lid berada  pada kedudukan 90 darjah, takda video pada LCD hanya ada layar putih sahaja, tapi bila Lcd lid panel digerakkan kepada kedudukan tertentu baru ada video .Contoh macam laptop toshiba yang aku baiki duluContoh baiki riben LCD





SOLUTION :
Lcd berada dalam keadaan baik selepas riben baru ditukar.Tapi laptop ni juga ada masalah bereket hinges patah sebelah kiri, bila nak tutup atau buka panel LCD, sebelah kiri bergoyang dan pemegang skru hinges kiri juga patah.JIka masalah ini dibiarkan lama, ia akan merosakkan cover panel LCD nanti.


Berekat hinges aku baiki dengan hantar welding dekat kedai kawan aku(Tips baiki hinges/engsel ).Dan tempat pemegang skru telah dibaiki.


Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959


Read More..

BAIKPULIH ACER ASPIRE 4935 LED WHITE SCREEN WSOD PROBLEM TIADA SIGNAL PADA EXTERNAL MONITOR



MASALAH  
Acer Aspire 4935 ini ada masalah white screen (WSOD) dan owner sudah test di external monitor tapi tiada signal (Laptop tak Post).Laptop lansung tiada tiada bunyi post (laptop tak boleh boot up - kemungkinan bios corupt) tapi boleh Power-UP.

Biasanya jika korang kena WSOD ni. Ada 3 kemungkinan
  1. Kabel riben LED rosak / rengang di connector
  2. LED Skrin rosak
  3. Signal video di motherboard tiada.
Kenapa LCD panel tu jadi putih.Ini kerana hanya lampu Backlight LED (LED/CCFL) itu sahaja yang berfungsi.Video signal pada LED tiada, ada 2 kemungkinan

  1. Power/Voltan untuk   pixel  LED (logic controller LED) bermasalah
  2. Data signal video LED bermasalah 

PENYELESAIAN:

 Ada 1 cara penyelesaian: Laptop terpaksa dibuka untuk mencari kerosakkan dan dibaik pulih..


Problem(masalah) LED Laptop white screen (WSOD) masih sama (tiada signal dari motherboard laptop ke LED panel) apabila di test dengan LED panel Laptop.White Screen problem biasanya menunjukkan power ke LED atau inverter ada, tapi signal video tiada,kerosakkan ini, aku rasa terjadi pada pembahagi signal video di LED connector kerana external monitor pada Projektor Port ada signal selepas motherboard dibaiki sebelum ini oleh aku.



BAIK PULIH :
LED skrin aku check berada dalam keadaan baik dan Laptop telah ditest di external monitor.Jadi masalah, berkemungkinan berpunca dari komponen electronik di motherbord.Jadi kena buka housing Laptop untuk pastikan kerosakkan.

Untuk Laptop ini ,penyebab kerosakkan ini adalah pada komponen electronic yang membekalkan  voltan/power ke logic controller LED telah rosak.


Laptop berkeadaan baik.Heat Sink serta kipas telah dicuci.Laptop telah di test dan berada didalam keadaan stabil.

Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.
Read More..

Powered by Blogger.