CUCI SERVIS SISTEM KIPAS HEATSINK LAPTOP NETBOOK ANDA SUPAYA BERTAHAN LAMA


Jika pakai Laptop/Notebook/Netbook, kepentingan buat maintanance cuci-servis bahagian dalam laptop secara berkala adalah perlu sama juga macam korang guna Komputer PC , sekurang-kurangnya 1 tahun sekali. KEPENTINGAN CUCI -SERVIS SISTEM HSF INI ADALAH SUPAYA LAPTOP/NETBOOK DAPAT BERTAHAN LAMA

Ini adalah untuk menjaga jangka hayat laptop korang supaya bertahan lama dan tidak mengalami masalah overheating .Ini disebabkan , apabila sistem HSF (Heatsink Fan) laptop berfungsi, ia akan menyedut udara dari luar dan udara ini ada partikel-partikel seperti debu, pasir halus bersamanya.Dan bila debu-debu ini terperangkap, didalam heatsink, ia akan berkumpul menjadi tebal serta menghalang dari udara masuk dan keluar dari heatsink.

Kadang-kadang semut halus juga, suka bersarang didalam laptop.
Kalau laptop dah ada problem baru nak buat, sediakan la duit korang banyak-banyak untuk baik pulih laptop jika tersalah hantar ke kedai Komputer yang cekik darah.Nak servis Laptop ni korang boleh buat sendiri, tak perlu nak habiskan wang rm40-60 untuk hantar kekedai Komputer untuk buat servis.

Apa tanda-tanda Laptop korang mengalami masalah overheating
  1. Fan laptop berbunyi kuat dan tiada angin keluar dari ventilation laptop
  2. Laptop selalu hang
  3. Laptop selalu dapat masalah Blue screen (BSOD) 
  4. Laptop sering OFF sendiri dan kadang-kadang restart secara tiba-tiba.
Apa yang akan terjadi jika debu serta habuk terlalu banyak didalam sistem HSF Laptop:
  1. Bilah kipas boleh patah
  2. Kipas overload dan overworking, memendekkan hayat kipas 
    Ada beberapa perkara nak kena tengok masa buat servis motherboard laptop dan sistem HSF,

    Pastikan cabut dulu battery cmos(bios) laptop selepas dah buka casing laptop, sebab untuk elakkan motherboard dari kena elektrik static dari tangan atau berus masa nak cuci habuk laptop.Ini juga boleh menyebabkan masalah yang awak kena (laptop tak boleh booting).

    Apa Tools dan Software yang perlu untuk servis-cuci bahagian dalam laptop:

    Tools: 
    1. Skru driver
    2. Berus Cat
    3. Thermal Paste/Compound
    4. Battery Pack 5V(Untuk test kipas Heatsink)
    5. Minyak Gris atau Penyebur Aerosol WD40 (sebagai pelincir dikawasan kipas berpusing)
    Software
    1. HW Monitor
    Manual untuk buka Casing housing Laptop

    1. Model/Brand Laptop Disassembly Help 
    Ada 1 lagi solution paling mudah dan cepat dan paling murah untuk selesaikan masalah overheating disebabkan pengaliran udara disekat oleh habuk yang terkumpul :
    1. Guna blower elektrik atau vakum cleaner untuk sedut debu (cara ini hanya untuk sementara sahaja dan kurang efektif untuk selesaikan masalah overheating laptop, kerana bila dah 1-3 tahun tak pernah servis cuci, debu ni akan jadi bentuk serat kain yang tebal, dan jika blow dan sedut dari luar hanya sikit sahaja debu dapat keluar semula dan biasanya bila dah 1-3 tahun tak pernah servis thermal compound akan jadi keras (thermal compound ni gunanya sebagai heat tranfer antara processor/chipset ke Heatsink) dah tak bagus untuk heat tranfer).
    Dibawah ini antara contoh  Laptop yang pernah aku servis dan mengalami masalah overheating kerana debu terkumpul di dalam heatsink sehingga menyekat pengaliran udara..

    DELL STUDIO 1535


    ACER ASPIRE 4736Z


    Sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Artic_silver



    Read More..

    MEMAHAMI KEPENTINGAN DAN FUNGSI HEATSINK LAPTOP

    Apa fungsi heatsink pada komputer?, fungsinya adalah untuk membantu penyebaran kepanasan yang terhasil dari processor atau chipset  tersebar dengan lebih efisien.  

    Banyak pengguna tidak memahami kepentingan heatsink bagi processor serta chipset didalam PC serta Laptop/Notebook mereka.

    Dan lebih parah lagi, ada tukang baiki komputer yang tidak memahami kepentingan serta fungsi heatsink ini.

    Terutama untuk Laptop, ramai yang tidak menyedari yang  sistem penyejukan Laptop mereka bukan hanya membuang udara panas dari dalam Laptop seperti sistem penyejukkan PC yang biasa kita jumpa.

    Sistem  penyejukan Laptop sebenarnya adalah lebih  sophisticated dari sistem penyejukkan Komputer PC. 

    Sistem  penyejukan Laptop (kipas serta heatsink pipe) telah didesign dengan teliti dengan mengira kepanasan yang dikeluarkan oleh Processor, Chipset , GPU, Motherboard serta Hardisk dan Ram oleh jurutera komputer semasa pembuatan laptop korang. 

    Sistem  penyejukan Laptop menggunakan heat pipe, jika korang buka dalaman laptop, korang akan perasan ada batang paip tembaga pada kipas.

    Perlu di fahami bahawa heat pipe tembaga ini, bukan kosong atau hanya batang tembaga  tanpa fungsi kerana didalam heatpipe ini ada cecair yang akan bertukar menjadi gas bila ia dipanaskan.

    Prinsip heat pipe heatsink Laptop adalah sama dengan prinsip  yang ada Airconditioner atau Peti ais di rumah korang.

    Cuba lihat gambar di bawah ini.

    Jadi jika terjadi kebocoran pada heatsink hingga menyebabkan gas keluar akibat masalah kimpalan heatsink yang tak tahan tekanan atau heatsink terlalu nipis adalah amat mustahil untuk korang repair atau buat heatsink atau tambah heatsink baru sendiri untuk Laptop korang.Jadi pembaikpulih hanya dapat dilakukan dengan beli heatsink yang sama dengan original.

    Jadi jika, pengilang tersalah design atau sengaja bekalkan sistem penyejukkan yang berkualiti rendah.Laptop atau komputer korang akan mengalami masalah overheting atau masalah power-off dengan sendiri. Masalah yang menyebabkan processor dan grafik chipset mengalami panas melampau boleh menggangu prestasi Laptop/PC serta memendekkan jangka hayat Laptop/komputer korang kerana disebabkan chipset boleh rosak.

    MASALAH
    Masalah Laptop ACER ASPIRE 4740 ini  boleh Power-On.Tapi selepas loading windows, jika tengok movie atau guna software berat sikit, Laptop akan shutdown dengan sendiri.

    Aku install software Open hardware serta HW monitor untuk melihat suhu Processor dan didapati amat panas iaitu  92c dalam keadaan idle tanpa buat apa-apa kerja.Suhu mencapai lebih 100c jika tengok movie.Jadi Laptop ada masalah overheating.

    Sebenarnya owner, telah hantar pada kedai di Imbi Plaza, tapi masalah masih terjadi lagi setelah guna Laptop ini tidak beberapa lama kemudian.Jadi dia cuba cari tempat repair di internet dan terjumpa blog ini.


    SOLUTION
    Dari pemeriksaan yang dilakukan, didapati kabel kipas asal laptop telah dipotong dan voltan untuk kipas telah di by-pass untuk kipas sentiasa berpusing.

    Tapi masalahnya, kabel kipas yang diby-pass tersebut putus di tengah menyebabkan kipas tak berfungsi.
    Setelah aku baiki balik kabel kipas seperti dengan yang original, masalah overheating pada processor, masih berlaku dan Laptop masih autoshutdown.

    Jadi disini, bermakna pembaik pulih sebelum ini, gagal untuk mengesan masalah sebenar Laptop ini iaitu kerosakkan pada heatpipe heatsink yang bocor.
    Laptop berkeadaan baik setelah heatsink baru dipasang.Jika berminat nak baiki  masalah  yang terjadi pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.



    Read More..

    Powered by Blogger.